Sebelum ini, saya hanya melakukan pengubahsuaian di rumah sendiri. Daripada rumah pertama (dengan tunjuk ajar En. Rodzi - Wireman dan Chargeman B0) sehinggalah ke rumah ketiga, semua pengubahsuaian dilakukan saya sendiri. Masalahnya, kesemuanya rumah setingkat berbanding rumah Ms. Mei dua tingkat setengah.
Berbalik kepada topik asal, percaya atau tidak, saya hampir membatalkan tugasan ini, kerana meragui kemampuan saya sendiri. Tetapi bak kata orang, belum cuba belum tahu. Saya meneruskan tugasan ini dengan 1001 kerisauan, tetapi dengan penuh keazaman.
Alhamdulillah, walaupun banyak cabaran, dengan bantuan rakan saya bernama Zul yang bekerja bersama di SSI, kami berjaya menyelesaikan tugasan ini. Satu pembuka lembaran baru bagi kami, yang mana di sinilah terbukanya mata kami, bahawa kami mampu melakukannya. Dengan syarat, usaha yang teguh di samping ilmu pengetahuan yang kami timba selama ini.
Kesimpulan senarai tugasan yang kami perolehi :
1. DB baru untuk tingkat bawah beserta wire incoming 16mm2.
2. DB sedia ada di alih ke tingkat 2 beserta wire incoming 10mm2.
3. Circuit baru untuk water heater di setiap bilik air dengan MCB 20A wire 2.5mm2 - 3 set.
4. Circuit baru untuk aircond di setiap bilik dengan MCB 20A wire 2.5mm2 - 4 set.
5. Circuit baru untuk autogate dengan armoured cable 4core x 1.5mm2.
6. Circuit baru untuk 3 pin socket - 4 set.
7. Penambahan point lampu dan kipas di setiap bilik.
8. Pemasangan lampu, kipas dan water heater.
9. Timer untuk lampu di tingkat satu.
10. Surge Protection Device.
Di bawah gambar-gambar hasil kerja kami di rumah Ms. Mei.
First DB di tingkat 1, bersama dengan timer
Penambahan point lampu dan kipas - sebelum siling kapur dipasang.
Penambahan socket dan second DB di tingkat 2.
2 way switch di bilik utama.
Lampu downlight siap dipasang.
Blower dapur
Suis di ruang tamu, tugas paling sukar untuk menjadikannya rata dan tegak. Maklumlah, budak baru belajar. Skill alhamdulillah kami dah dapat.
Finshing suis di bilik utama.
Finishing socket di bilik utama
Alhamdulillah, 80% sudah disiapkan, tunggu Ms. Mei pasang grill dan siling kapur, baru kami datang lagi untuk pasang lampu dan water heater. InsyaAllah akan kami upload lagi gambar untuk menunjukkan hasil kerja kami, supaya anda di luar sana yang sedang mencari kontraktor pendawaian elektrik yakin dengan kerja kami.
Hubungi kami : 0137308586 (Saufi) atau 0127408944 (Zul) atau 0177947865 (Hafiz)
Kami sedia menerima tugasan di Johor Bahru, Kulai, Simpang Renggam, Gelang Patah, Kluang dan Pontian. Lain-lain kawasan, insyaAllah jika masa mengizinkan.
Terima kasih kerana sudi membaca,
Saufi
SEA Mubarak Ent.









No comments:
Post a Comment